Friday, 10 February 2012, 06.51pm

Assalamualaikum.

Sekian lama diriku menyepi,
Tidak mengupdate cerita berkenaan sepi,
Mencari kekuatan untuk terus hidup,
Mengisi kekosongan yang telah tertutup rapi,
kerana kecewa dengan memori silam,
Kini, dek kerana panahan cintamu,
Akhirnya kau berjaya menemukan kunci itu


Terima kasih sayang….


Kerana sejuta kasihmu
Kau bahagiakan diriku
Kau kembalikan senyumanku
Warnailah hidupku dengan cintamu
Selamanya…

by EiqaAchilles 
Tuesday, 18 October 2011, 06.31pm

Entah kenapa tiba² aku "terungkap" perkataan macam ni. Bila aku fikir balik, kenapa perlu aku ungkap semua ni sedangkan aku tak jaga pun hati orang lain inikan pula hati aku sendiri! Erghh. Apa yang aku rasa sekarang seolah "aku pijak tanah tapi terasa macam atas air". Aku cuba lari dari perasaan yang sering menghantui diri aku sendiri, maksud aku, CEMBURU. Memang aku "terpaksa" sembunyikan sifat cemburu aku pada orang yang aku sayang, tapi hakikatnya CEMBURU itu memang tak dapat lenyap dari pandangan individu yang aku sayang tu. Betullah apa yang orang selalu cakap, "CEMBURU tandanya SAYANG" tapi bagaimana dengan cemburu dengan kawan sendiri sampai sanggup burukkan nama kawan, cemburu dengan orang yang ada harta mahupun kasih sayang lebih dari kita? Itupun CEMBURU tandanya SAYANG juga kah? Kalau nak cakap soal CEMBURU ni, esok pun tak habis. Ah. Malas ah aku nak cakap lagi =.="

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut! Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Menagap perlu kita mengharap pada pintu yang telah tertutup itu? =="

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Itulah maksud kawan paling baik sebenarnya.

Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan! Semua itu tak kemana. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Memang dah kita selalu dengar kata² ini kan?

"Dikala hati sedang di rundung kecewa, sedih, atau merasa di tinggalkan maka tanpa sedar bayang-bayang kita akan terbawa jauh, memori-memori masa di mana kita bahagia terekam begitu saja, kata-kata yang tidak biasa kita pikirkan akan keluar mengalir begitu saja~"


AKU INGIN MENJERIT TAPI SUARAKU HABIS,
AKU INGIN MENANGIS, MUNGKIN AIRMATA KU SUDAH MEMBEKU~


By EiqaAchilles
Friday, 14 October 2011, 2.04pm

Hallo hallo semua. ;)
Bertemu lagi kita pada hari yang sama yang tepat yang padat untuk menaip naip blog yang kucar kacir ini. Why, sebab hari ini hari jumaat. Aku tak pergi kerja. Aku sekarang tengah dilanda demam, kebosanan, kebingungan, kekacauan, kebencian, kekejian, kelaparan, kekosongan & segala ke ke ke yang aku sendiri tak dapat nak ungkapkan. Urgggggggggggggggggh makkkkkk! Seriously aku cakap, aku teramat amat dan teramat bosan skrg! Tak tau nak buat apaaaaa. Any fresh ideas for me? What should i do now? Otak aku tengah serabut! Aku sekarang dibelenggu banyak masalah. Orang kata, sapa² yang tak ada masalah tu, alamatnya orang tu tak normal. Betol tak? Orang banyak masalah tu lah orang yang paling bijak sebenarnya. Kerana mampu utk menyelesaikan nya. Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya! Tapi kalu tak dapat selesai jugak, entah, aku tk ada jawapan untuk huraikan. Jadi, apa yang aku dapat simpulkan kat sini, memang realiti hidupnya aku sekarang dilanda banyak masalah. Dan ditambahkan lagi, aku tak pandai nak handle segala masalah yang aku hadapi semua tu. Naik panas angin taufan aku dibuatnya. Aku nak crita semua masalah aku pun tak guna kan? Nanti apa pulak orang kata. Macam². Manusia.. sapa tau? Hmm..

Okay. Dalam keadaan serabut kepala otak melayang entah kemana, aku nak mengupas mengenai "CINTA ITU SENDIRI". Maksud aku "CINTA SESAMA MANUSIA ITU SENDIRI" ;)

Hye! Kau kibarkan panji kemesraan, kau berjalan rapat-rapat-an. Kau kongsi minum sebuah cawan dan makan sebuah pinggan. Kau beri pendapat ketika dia dalam kesusahan. Kau suap dia dengan kasih sayang. Mengapa satu tahap kau rasa semua itu tak berbaloi untuk diteruskan? Benar orang kata, jodoh ketentuan bukanlah pada manusia punya tangan. Kita yang rancang Tuhan menetukan. Tapi kenapa beri segala kepastian sedangkan hati kau sendiri tak punya percaya yang dia yang akan isi kekosongan?

Bagi aku, zaman ini, ramai orang inginkan kepastian. Baik lelaki atau perempuan. Bukan tempat nak beri dan rebut mainan. Sudah kau beri, dan rasa bosan, kau tinggalkan sambil beri alasan,

"Awak boleh dapat yang lebih baik."

Padahal sudah di dalam hati punya satu ayat 3 perkataan iaitu 'aku sudah bosan' kan? Kenapa perlu kau ungkap ayat itu? Sedangkan, kau tahu tak, kalau dia rasa kau tak cukup baik, dia tak terima kau bulat-bulat? Kau perasan tak dia sentiasa ada semasa kau jatuh bangun? Dia tak pernah rungut tentang kedungu-an kau? Kalau ada tidak kena, mengapa perlu simpan dan terus kau bagi keputusan tanpa ada perbincangan?

Kau rasa hidup ni kau sorang sahaja yang punya?

Kau berikan dia harapan ketika dia perlukan. Dia beri kau cinta ketika kau masih ragu-ragu dan mengucap tanpa perasaan. Kau tak yakin dengan keadaan dia, kenapa kau masih cuba di waktu yang pertama? Aku punya ulasan tak panjang mana, harap kau, wahai lelaki atau perempuan, jangan salah faham apa aku cuba sampaikan. Bukan marah atau menuduh bukan-bukan. 


Dengar sini aku punya ulasan,
"Kau jangan cuba beri harapan atau menerima cinta dari seseorang kalau kau belum sedia. Kerana kau akan menyeksa orang yang mencintai kau. Dia boleh maafkan, tapi boleh ke dia lupakan?"

By EiqaAchilles
Friday, 14 October 2011, 1.10pm


Hari demi hari aku dibelenggu dengan perasaan yang tak mungkin dapat ditawan dengan nasihat segala benda yang melibatkan dengan kebaikan. Aku cuba lari dari "malapetaka" yang menimpa diri aku sekarang, cuma aku tak terdaya untuk terus berlari dari keperitan yang aku alami. Aku cuba menjadi wanita yang kuat walaupun hakikatnya aku lemah dalam semua benda yang terlibat dalam diri aku. Hidup ini akan terasa hambar jika aku melewati sesuatu yang aku sendiri tidak bisa mengambil hikmah dan kepuasan dari peribadi² aku yang sangat luar biasa ini. Jika aku sendiri merasakan ketidakpuasan dengan yang aku kerjakan selama ini, mengapa aku terus berlama-lama dalam keadaan yang seolah-olah mengurung aku sendiri dalam penjara yang aku inginkan? Aku inginkan perubahan yang mencapai tujuan bahawa hari ini harus lebih baik dari hari kemarin. Aku tidak mahu merasakan kerugian atau malapetaka untuk esok hari. Hmmm. Cuma yang aku harapkan, "Kebahagiaan yang akan datang esok hari jauh lebih manis dari kebahagiaan aku saat ini bila aku menyedarinya!!" Moga Allah permudhkan segalanya. Amin.


By EiqaAchilles
Tuesday,11 October 2011, 4.20pm

Aku tak sukakan lelaki
bila bersuara soundnya tinggi
atau berlagak machokan diri
tidak pula pandai menghargai!

Kalau lelaki suka menipu
bersikap ego memilih bulu
perasan diri terlebih maju
aku juga tidak setuju!!!

lelaki gemar mencuci mata
atau pun bermain kayu tiga
juga bersikap cemburu buta
menyebabkan aku tidak ceria!

Kalaulah lelaki bermata duitan
hanyalah fokus pada keseronokkan
tambahan gelojoh ketika makan
aku memang tidak berkenan!

Sikap mengongkong dia tak suka
atau pentingkan diri sendiri sahaja
berputar belit dalam setiap bicara
kuat merokok dan pengotor pula~

Jenis lelaki pentingkan kawan
pada pasangan kurang perhatian
atau seorang yang panas baran
lagi lah aku sangat tidak berkenan ;)

By EiqaAchilles